Thursday, February 10, 2011

how do u sleep?? read this for more info.. ;>



TIDUR= suatu perkara yg pnting dlm hidup ini... Tiap2 hari kt mesti tidur... xcukup tidur blh memudaratkan kesihatan seseorang... ade pelbagai gaya dan cara setiap individu sebelum tido, sedang tidur dan selepas bangkit dari tidur...

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?(Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.)

4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruhan badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wuduk sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

Doa sukar tidur...
p/s: renung-renungkan & selamat beramal... ;>

3 comments:

  1. yup..ko memng senang kalo nk tidor..:)wei buat la shoutmix..t aku boleh tinggalkan jejak kat sini....:)nice blog..i like it.very much..:)

    ReplyDelete
  2. shoutmix?? hurm xexplore lg yunk... btwy.. tq... tgk sifunyer!! ;>

    ReplyDelete
  3. senag je..register kat sini http://www.shoutmix.com/main/

    ReplyDelete